Sunday, 17 June 2012
In:
Reflection
DAY 4 (14/06/2012)
Encik Azrul menerangkan tentang panduan membuat powerpoint bagi pembentangan kami. Pembentangan akan merangkumi 55% markah dan ia mestilah merangkumi Gagne Nine Events of Instructions. Kami memilih tajuk yang telah dibentangkan pada hari pertama iaitu Imaginary Numbers.
Kami diminta memilih huruf dihadapan untuk menentukan giliran pembantangan pada perjumpaan ke-5 dan ke-6. Memandangkan kami begitu bertuah, kami telah memilih huruf "D" yang menjurus kepada giliran yang pertama..(HOREYYYY!!!)
Pada awalnya, kami agak terkejut, tapi menerima cabaran itu dengan optimis dan positif. Selepas itu, En Azrul memberi masa kepada kami untuk menyiapkan powerpoint. Kami sempat mencari dan menyusun bahan mengikut Gagne Nine Events of Instruction dan akan menyiapkan pada malam itu. Dengan kesungguhan kami berlima, akhirnya kami berjaya juga buat sehingga jam 2 pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment